Annuar Bidas FAM Kerana 'Berat Sebelah'



KUALA LUMPUR: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa membidas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana bersikap berat sebelah dalam penjadualan semula perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2014.

Beliau berkata FAM tidak seharusnya mengubah tarikh yang sudah ditetapkan sebelum ini kerana ia hanya akan memberikan masalah kepada pasukan lain.

"Jadual perlawanan tidak harus di ubah sewenang wenang...Layanan pada pasukan hendaklah sama dan adil...jadual tidak boleh diubah atas kehendak satu pihak.

"Cukup-cukuplah buat benda sebegini....kekalkan jadual yang sudah lama di sahkan.....bila nak berubah ini?..."," katanya dalam laman sosial Facebooknya, Rabu.



Annuar berkata demikian bagi mengulas keputusan FAM pada Selasa yang bersetuju dengan permintaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mengubah tarikh suku akhir kedua antara JDT dan Terengganu di Larkin daripada 11 Okt kepada 17 Oktober.

Jumaat lepas, pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.-SUMBER
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan