Liyana Jasmay Bakal Jadi Ibu



PERWATAKANNYA masih seperti Liyana Jasmay yang dikenali bertahun-tahun dahulu. Senyum dan tawanya masih sama. Sosok genitnya juga masih belum menampakkan banyak perubahan walaupun di dalam rahimnya, sedang mengandung cahaya mata pertama.
Ya, wanita yang dahulunya gadis lincah itu sudah berumahtangga dan kini kehamilannya sudahpun mencecah empat bulan. Sekitar lima bulan lagi, dia dan Fathuddin Mazlan yang bernikah pada Februari lalu bakal bergelar ibu bapa. Biasa kedengaran tapi itu bukan sekadar panggilan, tetapi sebuah fasa baharu yang selama ini mengulit hidupnya selama 27 tahun.
"Bila sudah mengandung, banyak pula rasa dan perasaan tidak selesa. Bila saya meluahkan kepada mama, mama cuma cakap sebab itulah syurga itu di bawah kaki ibu, anak tak boleh derhaka kepada ibu, nanti masuk neraka," lentur Liyana seraya tertawa sambil diperhatikan sang ibu, Habsah Simpon yang setia menemani pergerakan si anak bongsunya itu.
Cuma ada sedikit perbezaan, Liyana yang sebelum ini ada keletahnya itu agak bersahaja. Bukan tidak bermaya tapi darjah kelincahan menurun mungkin disebabkan alahan kehamilan yang dialami.
Ralit bercerita tentang situasi hidup yang sedang berubah, kata Liyana, kesibukan promosi yang selalu pulang ke Kuala Lumpur menimbulkan rindu dan ingatan buat suami yang kerap ditinggalkan di Kota Kinabalu, Sabah.
"Di sini (Kuala Lumpur) saya ada ramai ahli keluarga, tapi dia (suami) seorang diri di sana. Kasihan juga, tapi sekejap sahaja. Januari nanti saya akan balik semula ke Sabah, di sana kami baru pindah ke rumah baharu. Siap ada bilik khas untuk mama dan papa. Senanglah mereka nak bertamu nanti," katanya ketawa merangka-rangka aturan hidup menjelang kehadiran orang baharu, Mei tahun depan.
Terheret berbicara tentang keluarga dan kehidupan, bekas penyandang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-22 itu teruja berkongsi soal kerja berbanding kehidupan bahagia yang sedang ditatang. Biarpun sudah mengambil keputusan untuk berehat tanpa sebarang penggambaran sehingga tempoh bersalin, Liyana kini sibuk mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Papadom 2.
"Rasanya Papadom 2 sebuah filem yang meninggalkan kesan istimewa untuk saya. Terlalu banyak perasaan dan nilai kehidupan serta kekeluargaan dalam filem itu.
"Rasanya, berbaloi menunggu selama tiga tahun untuk menyaksikan tayangan filem ini. Lagu tema nyanyian Shahmeen Shah sendiri sudah cukup ekspresif inikan pula ceritanya," katanya yang menang anugerah terbesar dalam karier lakonannya menerusi watak Maisara dalam Papadom edisi pertama...-cosmo.





Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan