Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil

Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil

Pengantin baru Rozita Che Wan atau Che’ Ta berkongsi rasa teruja untuk hamil buat kali ketiga. Walaupun dihantui sedikit rasa bimbang untuk hamil pada usia 40-an, namun Che’ Ta dan suaminya Zain Saidin berharap dapat menimang cahaya mata secepat mungkin.

“Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya pun sudah berusia 16 tahun,” ujar Che’ Ta ketika ditemui di Majlis Pelancaran Koleksi Valentines Pandora, baru-baru ini.

Tambah Che’ Ta, berita kehamilan pelawak Didie Alias, 40, yang kini sudah memasuki empat bulan sedikit sebanyak memberi harapan buat pasangan itu memiliki cahaya mata sendiri.

“Memanglah risau untuk hamil pada usia begini sebab ia agak berisiko. Tapi Didie Alias ada juga berkongsi tips untuk hamil. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya dan Zain menimang cahaya mata,” ujar Che Ta lagi.

Berkongsi pengalaman bergelar isteri setelah 11 tahun menjadi ibu tunggal, Che’ Ta memberitahu pada mulanya dia agak kekok. Namun setelah beberapa minggu, dia mula biasakan diri dan kini lebih selesa hidup bersama Zain.

“Mula-mula kahwin saya rasa kekok sampai tak boleh tidur. Maklumlah dah terlalu lama saya hidup sendiri. Tapi sekarang dah semakin selesa,” kongsi Che’ Ta.

Baru saja pulang berbulan madu di Itali, Che’ Ta dan Zain khabarnya akan ke Bali, Indonesia pula untuk menghargai perancang perkahwinan yang bertungkus-lumus menjayakan majlis perkahwinannya.

“Saya dan Zain akan ke Bali untuk berbulan madu kali kedua. Kali ini lebih istimewa kerana kami akan bawa bersama perancang perkahwinan yang menguruskan majlis perkahwinan kami,” ujar Che’ Ta yang baru sahaja selesai penggambaran telemovie ‘Janjikan Aku Bahagia’ untuk slot Cerekarama TV3.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan