Tunku Ismail nafi dakwaan Azhar

Tunku Ismail nafi dakwaan Azhar

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) kesal di atas kenyataan pengurus pasukan Perak yang mendakwa dua penyokong negeri itu dipukul sehingga pengsan ketika menyaksikan perlawanan Liga Super 2014 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Perak di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin Sabtu lalu, lapor SHAHIZATUL FARHA S ROSLI.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan dakwaan Datuk Azhar Ahmad berikutan tiada laporan diterima pihak polis berhubung insiden itu dan meminta ia tidak dipanjangkan.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung insiden itu, seharusnya sebarang kenyataan tidak dikeluarkan tanpa berfikir panjang.

“Saya harap perkara ini tidak dipanjangkan kerana kita nak lihat perkara lebih profesional demi kemajuan bola sepak tempatan,” katanya di Istana Bukit Pelangi, semalam.

Tunku Ismail turut mempersoalkan dakwaan Azhar mengenai layanan buruk yang diterima penyokongnya ketika berada di Johor, sedangkan PBNJ telah menggandakan langkah keselamatan termasuk meningkatkan kawalan polis di luar stadium.

“Di sini, saya betul-betul pantau dan pastikan kawalan keselamatan polis termasuk di luar stadium walaupun bukan tanggungjawab kita.

“Lebih 700 anggota ditugaskan mengawal keselamatan dan mengiringi pemain serta penyokong yang keluar dan masuk ke stadium pada malam itu,” katanya.

Tunku Ismail memberitahu, PBNJ bercadang menempatkan bas pemain dan penyokong dari pasukan lawan di tempat khas bagi memudahkan kawalan keselamatan oleh pihak polis.

Mengulas hasrat Azhar untuk menghantar bantahan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail menegaskan tindakan tidak boleh diambil ke atas PBNJ kerana insiden berlaku di luar stadium.
-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan