Kelantan mahu rantai tiga import PKNS



KOTA BHARU - Pengendali The Red Warriors, Steve Darby melabelkan tiga gandingan import PKNS, Patrick Ronaldinho Wleh, Karlo Primorac dan Hamka Hamsah mampu memberi masalah kepada pasukannya jika diberikan ruang untuk bergerak bebas pada pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.
Darby berkata, kelibat ketiga-tiga pemain ini pasti ditagih PKNS untuk merobek pertahanan Kelantan dan barisan pemain The Red Warriors.
Menurutnya, meskipun pemain sedikit kepenatan selepas mengharungi perjalanan yang jauh dalam tempoh yang singkat, beliau percaya mereka tidak akan memberi laluan mudah kepada skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan.
"PKNS sebuah pasukan yang bagus dan saya amat mengenali Wan Jamak. Beliau jurulatih yang berkaliber dan penuh dengan taktikal.
"Begitupun kita sudah bersedia berdepan mereka. Saya harap pemain dapat memberi persembahan terbaik bagi memastikan tiga mata menjadi milik The Red Warriors," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Darby berkata, beliau gembira dengan komitmen yang ditunjukkan pemainnya sepanjang dua perlawanan setakat ini.
Kelantan berjaya memungut enam mata maksimum daripada dua perlawanan pertama. Terbaharu, mereka menewaskan Sarawak 1-0 di Kuching.
Dalam perkembangan lain, Darby berkata, dua tonggak tengahnya iaitu Amar Rohidan dan Mohammed Shawky sudah pulih dari kecederaan yang dialami mereka sebelum ini.
Katanya, bagaimanapun beliau masih belum membuat keputusan siapakah yang akan membarisi kesebelahan utama pasukan pada perlawanan itu nanti.-sumber

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan