[Ekoran prestasi hambar] Kafa didesak pecat Darby


KOTA BHARU - Penyokong Kelantan terus mendesak Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) supaya menyingkirkan jurulatih kelahiran Liverpool, Steve Darby ekoran prestasi hambar The Red Warriors dalam persaingan Liga Super dan Piala AFC musim ini.

Kemarahan penyokong tegar The Red Warriors bagaikan sudah tidak dapat dibendung selepas pasukan ke­sa­yangan mereka tersingkir awal daripada Piala AFC 2014 setelah tumbang 2-3 kepada Yangon United dalam perlawanan kelima di peringkat kumpulan di gelanggang sendiri Selasa lalu.

Sehubungan itu, mereka mahu Kafa mengambil langkah segera dengan memecat Darby dalam usaha memulihkan semula imej pasukan yang tercalar teruk gara-gara aksi sumbang skuad didikannya.
Kelab Penyokong The Red Warriors (TRWKB) berpendapat, sudah tiba masa Kafa melakukan perubahan drastik, iaitu menyingkirkan jurulatih itu daripada terus membimbing pasukan dalam baki persaingan musim ini.

Presidennya, Mohd. Zainy Mohd. Zain berkata, kesabaran penyokong Kelantan sudah sampai ke kemuncak memandangkan Kafa mengambil masa yang terlalu lama untuk mengambil tindakan ke atas Darby.
"Saya akui bukan mudah mencari jurulatih lain tetapi berapa lama mereka mahu lihat Stadium Sultan Muhammad IV terus lesu tanpa kehadiran penyokong setia pada musim ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mohd. Zainy memberitahu, Darby jelas tidak mempunyai hala tuju sebenar dalam memacu pasukannya dan seakan-akan bingung sama ada mahu memberi keutamaan terhadap Piala AFC atau pun liga.
"Darby adalah satu-satunya jurulatih yang tidak konsisten dan gagal membawa kecemerlangan untuk pasukan ini. Beliau sudah kering idea kerana taktikal lapuknya tidak boleh dipakai. Beliau sudah tidak relevan menjadi jurulatih.

"Tiada guna muncul juara Piala FA semata-mata mahu beraksi dalam kempen Piala AFC tetapi kesudahannya berakhir dengan cara sebegini (tersingkir awal). Alasan jadual padat sukar diterima, kerana itulah hakikat yang perlu diterima jika kita mahu bertanding di pentas antarabangsa," ujarnya.
Mohd. Zaini berkata, pihaknya turut mencadangkan agar Kafa menggunakan kepakaran anak tempatan atau jurulatih lain bagi menggantikan Darby.

"Sebagai contohnya, bekas penolong jurulatih Kelantan musim lalu, Kamaruddin Mohamad mempunyai Lesen Kelas A
"Apa salahnya kita beri peluang kepada dia seperti mana Pahang yang dibimbing Zainal Abidin Hassan pada musim ini," katanya.
Mohd. Zainy turut mendesak Kafa menamatkan kontrak penyerang Liberia, Francis Forkey Doe dan menggantikan dengan pemain lain sebelum jendela pendaftaran kedua pemain import berakhir pada 23 April ini.-sumber


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan