Kelantan bercadang mengadakan perlawanan persahabatan pramusim dengan beberapa kelab di Indonesia untuk mempertingkat kekuatan pasukan itu, kata Ketua Jurulatih Steve Darby.
Beliau berkata jika cadangan itu tidak menjadi kenyataan, Kelantan akan menimbang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Brunei dan Thailand.
Darby berkata demikian kepada pemberita semasa sesi latihan di padang Mardi, Kubang Kerian hari ini.
Beliau berkata Kelantan memerlukan lebih banyak perlawanan persahabatan pramusim dengan kelab lain, sama ada dari dalam atau luar negara, bagi membina keyakinan pemain pasukan itu.
Kelantan, yang tewas pada perlawanan akhir Piala Malaysia, mempamer aksi kurang memberangsangkan dalam empat perlawanan persahabatan pramusim baru-baru ini.
Kelantan seri 1-1 dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, tewas 0-2 kepada Pulau Pinang, 1-4 kepada Perak dan 0-3 kepada Kedah..-astro.
0 ulasan:
Catat Ulasan