Antara Selebriti Malaysia Pasangan Adik-Beradik

Kebanyakan selebriti di Malaysia hadir solo tanpa penglibatan dari ahli keluarga terdekat seperti adik-beradik kedalam industri hiburan tanahair. Kehadiran adik-beradik selebriti kadang-kala dapat memeriahkan suasana industri dengan keletah serta tingkah laku mereka. Kalau elok perangainya, maka elok jugalah cerita tentang mereka. Begitu juga sebaliknya, jika ada seorang yang tersilap langkah, pasti akan terpalit pada yang lain. Jom kita lihat pasangan adik-beradik selebriti di Malaysia.


The Ngasri’s
Antara pasangan adik-beradik yang cukup terkenal sekita tahun 90an ialah putera dan puteri-puteri Ngasri iaitu, Anne, Darling dan Bell Ngasri. Keletah dan gelagat mereka ketika berlakon sangat mencuit hati terutama sekali Anne yang cukup popular dengan drama bersiri Cili Padi.


adikberadik-kru


KRU
Siapa tidak kenal dengan ahli perniagaan yang cukup terkenal. Memulakan kerjaya mereka dalam bidang muzik satu ketika dahulu, Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim tidak berlengah dalam melakar nama dalam dunia seni. KRU pernah menjadi satu fenomena hebat menerusi lagu-lagu rap mereka dan kini, KRU giat menghasilkan filem-filem yang cukup membanggakan industri tempatan.


adikberadik-maembong


Anak Gadis Maembong
Alahai… Comel-comel anak gadis Encik Maembong. Satu persatu menempah nama dalam dunia seni ini. Emma dan Caca Maembong antara nama yang sering meniti di bibir-bibir pengarah dan penerbit tempatan.


adikberadik-loy


The Loy’s Siblings
Pelakon-pelakon cilik yang sangat berbakat ini semakin menonjolkan diri mereka. Keakraban mereka dapat dilihat menerusi program travelog terbitan Astro iaitu, Destinasi Ria bersama Air Asia yang telah menerbangkan adik-beradik ini ke Hong Kong. Masing-masing mempunyai kenakalan dan perangai yang tersendiri. Sangat menghiburkan!.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan