[KAFA] Tiada Tindakan Kepada Darby



PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa ) tidak akan mengambil tindakan drastik terhadap ketua jurulatih, Steve Darby  walaupun The Red Wariors (TRW) tidak berada dalam keadaan prestasi terbaik.
Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, pendekatan ‘mi segera’ termasuk memecat jurulatih tidak menjamin pasukan akan lebih kuat  pada masa depan.
“Mana boleh dalam pengurusan bola dengan cara buang orang, kalau buang adakah kita yakin jurulatih baru boleh buat lebih baik, dalam bola sepak bila kita tak berjaya, bukan bermakna buang jurulatih selesai masalah, tidak begitu.
“Bila ada masalah kita duduk  bincang, kaedah, formasi dan strategi boleh tukar tapi bukan buang jurulatih, seperti isteri takkan mahu cerai kerana tidak begitu pandai memasak,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi peminat  TRW mengecam tindakan Darby mempertahankan formasi 3-5-2 yang didakwa punca  pasukan itu mencatatkan keputusan tidak memberangsangkan.
Bagaimanapun kemarahan itu reda seketika apabila jurulatih kelahiran England itu menukar taktikal kepada 4-4-2 dalam perlawanan menentang PKNS malam kelmarin yang menyaksikan TRW menang 3-2.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan