TRW waspada hadapi T-Team



SELEPAS menundukkan PKNS FC 3-2 di saingan suku akhir pertama Piala FA, Kelantan mengalih tumpuan menghadapi T-Team dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, walaupun moral The Red Warriors (TRW) berada pada tahap yang baik, namun pasukan kendalian Steve Darby perlu berwaspada melayan kunjungan pasukan berstatus kelab dari Terengganu itu.

"Kita perlu lebih fokus terutama bagi mendapatkan tiga mata penuh dan saya yakin semangat yang ditonjolkan pada perlawanan lalu memperlihatkan TRW lebih bekerja keras dan pasukan dilihat selesa dengan percaturan formasi baharu.

"Perubahan formasi 3-5-2 kepada 4-4-2 membuahkan hasil dan Kelantan dapat kembali ke prestasi sebenar sehingga berjaya melakar kemenangan pada perlawanan sengit menentang PKNS FC," katanya.

Beliau berharap setiap pemain dapat mengekalkan momentum kemenangan untuk pertemuan dengan T-Team malam ini, sekali gus membawa pulang tiga mata berharga untuk Kelantan.

Tambahnya, kemampuan T-Team tidak boleh diperkecil walaupun TRW memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri kerana pasukan itu pernah menumpaskan pasukan elit seperti Johor Darul Ta'zim pada perlawanan Liga Super baru-baru ini.

"T-Team dibarisi pemain hebat dan dikendalikan seorang jurulatih yang terkenal dengan percaturan baik.

"Saya optimis dengan kemampuan TRW walaupun sedar bukan satu tugas mudah menentang T-Team. Saya yakin kita mampu menempuhnya dan harap pemain gunakan setiap peluang yang ada sebaik mungkin," katanya
.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan