Misha Omar umum tarikh nikah [3 gambar]


PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada Mei depan bersama juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32.
Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, berkata, dia yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari ini terpaksa menangguhkan perkahwinan itu bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November lalu.
"Insya-Allah kami akan berumah tangga pada bulan Mei ini namun tarikh sebenar akan diberitahu selepas kad jemputan siap untuk diedarkan.
"Kami terpaksa menangguhkan perkahwinan pada sehingga Mei depan bagi menghormati tempoh habis edah ibu saya pada minggu kedua April.
Ia juga sebagai mengambil keberkatan bulan Rejab dalam kalender Islam," katanya kepada media pada majlis minum petang di Restoran Delicious, One Utama, di sini, Selasa.
Sementara itu, Misha berkata majlis pernikahan dan resepsi akan dijalankan secara serentak di Kota Bahru, Kelantan dalam keadaan sederhana.
Katanya, kedua-dua pihak juga bersetuju menyerahkan hantaran lima dulang berbalas lima tanpa barangan berjenama dan wang tunai.
"Adat masyarakat Kelantan tiada wang hantaran tetapi hanya mas kahwin. Bagaimanapun saya telah meletakkan syarat bahawa tidak mahu wang tunai.
"Begitu juga sebarang barangan berjenama sebagai hantaran, bagi saya itu tidak penting, sebaliknya saya mahu barang yang boleh dikenang dan menjadi simbolik kepada perkahwinan kami," katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut tunangannya Firos Ezzwan Rossly.


sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan