Amar mahu rebut tempat dalam kesebelasan utama


PEMAIN tengah The Red Warriors, Amar Rohidan semakin bersemangat untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama bagi menghadapi South China pada aksi kedua Kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini, lapor  SITI FATIHAH AWANG.

Amar yang diketepikan dalam lapan perlawanan membabitkan tiga pertandingan berbeza sejak pertengahan Januari lalu menyatakan kesediaan beliau untuk kembali bersaing dengan rakan sepasukan setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan kaki.  

“Sasaran saya adalah kemenangan. Kelantan tewas pada perlawanan pertama, oleh yang demikian, kami harus bangkit untuk mengutip tiga mata pertama malam esok (malam ini).

“Saya sudah bersedia bermain sepenuhnya sekiranya dipilih oleh jurulatih (Steve Darby).

“Jika disenaraikan, saya mahu membalas kepercayaan tersebut dengan membantu Kelantan mencatatkan kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media perlawanan tersebut di Kota Bharu, semalam. Hadir sama, Ketua Jurulatih Kelantan, Steve Darby dan pengendali South China, Yeung Ching Kwong serta wakil pemain pasukan berkenaan, Chan Wai Hoo.

Pemain kelahiran Kedah itu pernah beraksi selama 90 minit ketika Kelantan menewaskan Sime Darby FC 2-1 pada aksi pembuka tirai Liga Super, 18 Januari lalu, namun terpaksa berehat panjang selepas itu setelah cedera akibat terjatuh dalam bilik air di kediamannya.

Begitu pun, pemain berusia 27 tahun itu kembali membuat penampilan keduanya bersama Kelantan ketika menundukkan Lions XII FC 2-1 pada Sabtu lalu apabila lorongan cantiknya berjaya disempurnakan Francis Forkey Doe pada penghujung permainan.

Ketika ditanya mengenai persediaan untuk kembali beraksi, Amar berkata, kini beliau sedang menjalani sesi pemulihan untuk mengembalikan stamina dan cergas seperti biasa, malah turut mengakui tidak mempunyai masalah untuk bersaing dengan rakan-rakan sepasukan.

“Semua pemain baik dalam pasukan Kelantan ini. Kita harus bersaing untuk mendapatkan semula tempat dan saya anggap persaingan ini satu perkara sihat dalam dunia bola sepak,” katanya
.-sumber

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan