Tagoe perkukuh TRW



Peminat The Red Warriors (TRW) akan disajikan aksi mantap pasukan gergasi Pantai Timur itu ketika menentang Perak, Sabtu ini apabila Prince Tagoe (gambar) diturunkan selepas memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).
Pemain dari Ghana itu dijangka memperoleh ITC dalam tempoh terdekat dan khabar gembira itu disahkan Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa kepada Arena Metro, semalam.
Annuar berkata, bekas pemain Piala Dunia 2010 itu dikatakan berjaya menyelesaikan masalah dihadapi dengan kelab lamanya, Club Africain di Tunisia dan kini bersemangat untuk menyertai TRW.
Katanya, Tagoe dijangka menandatangani beberapa dokumen perpindahan dengan kelab lamanya minggu ini sebelum ITC dikeluarkan sekali gus melayakkannya beraksi bersama Kelantan.
“Jika masalah ini dapat diselesaikan segera, peminat boleh menyaksikan aksi pertama pemain berusia 28 tahun ini menentang Perak di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
“Cuma, saya ingin nyatakan KAFA tidak boleh mencampuri urusan Tagoe dengan kelab lamanya kerana ia bukan bidang kuasa kami.

Tapi saya syukur, kesabaran kami akhirnya berbaloi apabila masalah ini selesai juga.
“Tagoe kini mengalami sedikit kecederaan, namun dijangka pulih sepenuhnya sebelum pertemuan dengan Perak dan saya harap dia dapat berganding bahu dengan Francis Forkey Doe yang kini kembali menemui rentak dalam membantu Kelantan memburu kemenangan,” katanya.
Menerusi entri di laman sosial Facebook miliknya kelmarin, kira-kira 12,000 penyokong serta peminat TRW menyatakan sokongan dan komen positif sebaik Annuar memaklumkan Tagoe akan beraksi pada perlawanan berikutnya.
Annuar berkongsi berita gembira itu sebaik Kelantan mencipta kemenangan bergaya ke atas PKNS, 2-0 di Stadium Shah Alam, kelmarin. credit mymetro


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan