Kelantan temui Selangor tanpa Boateng


KELANTAN akan berhadapan Selangor Selasa ini dalam kempen Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV tanpa kehadiran Ketua Jurulatih, George Boateng.
   
Boateng berkata: "Saya terpaksa balik ke England untuk menyelesaikan soal sijil kejurulatihan tetapi saya akan kembali apabila Kelantan bertemu Johor Darul Takzim (JDT).     
  
" Saya tahu ini adalah masa yang kritikal kerana kami ada perlawanan penting yang mendatang tetapi saya akan berbincang dengan kakitangan dan pemain setiap hari," beliau memberitahu wartawan di sini hari ini.
   
Boateng berkata, beliau akan menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berhubung dengan mereka.
   
"Kami akan berhubung menggunakan kumpulan WhatsApp setiap hari dan tiada yang berubah biarpun saya tiada bersama mereka," katanya.
   
Kelantan tewas 0-1 kepada Pahang dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi dan kini berada di tangga ketujuh selepas 19 perlawanan dengan 28 mata, sembilan mata di belakang Selangor.  - credit sinar harian

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan