Boateng tagih sokongan penyokong

Boateng menagih kehadiran penyokong fanatik untuk membakar semangat anak buahnya apabila bertemu Kedah pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Kota Bharu, Jumaat ini.

SEBELUM ini, pengendali The Red Warriors, George Boateng jarang mengulas mengenai sokongan penyokong pasukannya setelah gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Muhammad IV dilihat suram sepanjang saingan Liga Malaysia, musim ini.
 
Namun situasi kali ini tampak berbeza apabila Boateng  pertama kalinya mengakui peranan 'pemain ke-12' itu mampu mengubah atmosfera perlawanan apabila skuad kendaliannya berdepan Kedah pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Kota Bharu, Jumaat ini.
 
Justeru, Boateng yang kali terakhir menyarung jersi T-Team sebelum terjun dalam bidang kejurulatihan pada musim ini mengharapkan kehadiran lebih 20,000 penyokong dapat menyuntik semangat anak buahnya untuk mengatasi skuad Helang Merah.
 
“Ketika saya bermain dengan T-Team musim lalu, saya memang tidak suka datang ke Kota Bharu. Penyokong Kelantan amat dahsyat, boleh bergegar stadium ini (Stadium Sultan Muhammad IV) kalau kena caranya.  
 
“Jadi, saya dengan rendah diri merayu penyokong datang beramai-ramai ke stadium, Jumaat ini. Anda boleh membuatkan rentak permainan Kelantan jadi luar biasa dan saya beri jaminan, anak buah saya akan mempamerkan aksi bola sepak berkualiti tinggi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Menurut pengendali kelahiran Ghana itu lagi, segenap sudut stadium keramat berusia 47 tahun itu harus diisi dengan penyokong fanatik mereka memandangkan aksi pertemuan Kelantan menentang Kedah tidak disiarkan secara langsung.
 
“Prinsip saya cukup mudah, kami tidak boleh menang tanpa sokongan mereka (penyokong). Sama ada anda sakit atau susah sekali pun, datanglah (ke stadium) kerana anda akan menjadi sebahagian daripada sejarah sekiranya Kelantan dapat menewaskan Kedah nanti,” tegasnya lagi.
 
Pada masa sama, jurulatih berusia 39 tahun itu mengakui begitu teruja menantikan sepak mula pertemuan tersebut memandangkan ia adalah aksi suku akhir pertama dia sejak mengambil alih tugas membimbing pasukan itu daripada Steve Darby, hujung April lalu.
 
“Memang ia satu perlawanan tumpuan tetapi kami berada di landasan terbaik berdasarkan persiapan rapi yang sudah diatur sejak sebulan lalu. Kelantan ibarat singa kelaparan, kami betul-betul dahaga kemenangan dan saya optimis Kedah akan pulang tangan kosong dari Kota Bharu nanti,” katanya.
 
Menurutnya lagi, kehadiran lima pemain kebangsaan yang baharu menyertai latihan bersama pasukan sejak Isnin lalu membolehkan dia menyenaraikan barisan terkuat untuk berdepan skuad kendalian Tan Cheng Hoe.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan