Wan Zack bersedia gegar Kedah


DUA kali beraksi dalam dua perlawanan persahabatan selama 45 minit memberi petanda pemain sayap Kelantan, Wan Zack Haikal Wan Noor kini bersedia sepenuhnya membuat penampilan sulung pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kedah, di Kota Bharu, 3 Oktober ini.

 Biarpun belum mencapai tahap prestasi sebenar, namun Wan Zack Haikal menyifatkan peluang diturunkan ketika menentang Perak dan Terengganu baru-baru ini mampu menyuntik keyakinan untuk dia kembali beraksi pada perlawanan kompetitif, selepas ini.  

 “Saya akui tahap kecederaan masih belum pulih 100 peratus, tetapi selepas bermain dalam dua perlawanan persahabatan itu, ia memberi sedikit keselesaan buat saya untuk membantu Kelantan dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

 “Sejujurnya, saya sudah bersedia diturunkan jika ketua jurulatih (George Boateng) sendiri memberikan kepercayaan kepada saya untuk berada dalam perancangannya apabila berdepan Kedah nanti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 Tidak sukar memahami isi hati Wan Zack Haikal memandangkan bekas pemain Harimau Muda A itu sendiri nyata tidak sabar mahu kembali beraksi di atas padang setelah sekian lama menjalani proses rehabilitasi akibat kecederaan lutut kanannya.


Wan Zack (kanan) bersedia diturunkan jika mendapat kepercayaan Boateng apabila Kelantan berdepan Kedah pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Kota Bharu, Jumaat ini.

 “Sejak beraksi dengan Kelantan, saya makin selesa dengan corak latihan Boateng. Saya mahu buktikan kepada penyokong pasukan ini, sentuhan saya masih belum hilang meskipun hampir 11 bulan tidak bermain dalam perlawanan kompetitif,” katanya.  

 Bagaimanapun, pemain kelahiran Maran, Pahang itu mengakui tiada jaminan mudah untuk dia merebut tempat sebaliknya perlu bersaing dengan rakan sepasukan lain jika mahu berada dalam kesebelasan utama The Red Warriors.

 “Saya perlu bekerja lebih keras kerana barisan pemain yang dalam pasukan ini tampak sukar digugat. Apa pun, saya anggap ini satu persaingan sihat dan perkara biasa dalam bola sepak,” katanya.

 Sementara itu, pemain berusia 23 tahun itu berharap rakan sepasukannya memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri pada aksi suku akhir pertama untuk mencari bekalan selesa sebelum membuat perhitungan kedua di Alor Setar, 17 Oktober nanti.

 “Biarpun Kedah beraksi dalam kancah Liga Premier, namun keupayaan pasukan itu mara ke suku akhir Piala Malaysia musim ini wajar menerbitkan rasa gerun buat Kelantan. Skuad kendalian Tan Cheng Hoe nyata bukan calang-calang pasukan dan kami tidak boleh memandang rendah kemampuan mereka pada perlawanan ini,” katanya.credit sinar harian


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan