Jennifer, Theroux masih intim

Foto

Jennifer Aniston dan tunangnya Justin Theroux membuktikan khabar angin hubungan mereka bergolak nyata sekadar omong kosong apabila kedua-duanya tiba di Mexico untuk percutian romantik sempena sambutan Tahun Baru.
Jumaat lalu, pelakon siri popular Friends itu yang menampilkan gaya terbarunya berambut pendek serta memakai cincin berlian pemberian Justin dilihat tersenyum ceria sambil berbual mesra dengan kekasih­nya ketika turun dari kapal terbang peribadi bersama beberapa rakan yang turut menyertai percutian itu.
Aktres jelita itu kelihatan berseri-seri dengan pakaian kasual yang turut menghapuskan khabar angin kononnya dia sedang hamil.

Justin yang juga pelakon, penulis dan penerbit turut kelihatan santai ketika berborak dengan Jennifer sepanjang perjalanan ke hotel tempat penginapan mereka dari lapangan terbang.

Jennifer dan Justin bertemu beberapa kali sebelum berlakon bersama-sama dalam filem komedi Wanderlust dan akhirnya menjadi pasangan secara rasmi pada Mei 2011.

Selepas 15 bulan bercinta, pasangan itu bertunang pada hari jadi Justin, 10 Ogos 2012.

Desas-desus hubungan mereka dilanda badai bermula bulan lalu selepas gosip mula kedengaran pasangan itu sudah membatalkan perkahwinan mereka.

Pelbagai spekulasi dibuat mengenai punca perbalahan itu termasuk tekanan akibat hubungan jarak jauh memandangkan Jennifer, 44, tinggal di Bel-Air, California manakala Justin, 42, lebih banyak menghabiskan masa di New York.

Selain itu jadual kerja yang terlalu sibuk juga didakwa punca hubungan mereka semakin dingin kerana tidak dapat mencuri masa untuk menghabiskan masa bersama serta menghidup­kan kembali kehangatan hubungan mereka.

Majalah Life & Style baru-baru ini melaporkan pasangan itu sedang menghadapi masalah dan buat masa ini menangguhkan semua perancangan termasuk membabitkan perkahwinan, anak dan membeli rumah.

“Keadaan ini dijangka rakan Jen kerana lazim­nya dia bersama lelaki paling lama pun selama dua tahun sebelum memutuskan hubungan,” kata sumber yang enggan dikenali kepada majalah itu.-sumber

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan