Linda Onn Bakal Akhiri Zaman Bujang.



JOHOR BAHRU 17 Dis. - Deejay radio popular, Linda Onn, 36, atau nama sebenarnya Rozlinda Onn dipercayai akan menamatkan zaman bujangnya pada 27 Disember ini dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja.
Bagaimanapun, Utusan Online tidak berjaya mendapatkan kenyataan Linda setelah telefon bimbitnya gagal dihubungi.
Namun, deejay stesen radio Suria FM itu dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut di kampung halamannya di sini secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat, manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.
Menurut sumber, pasangan tersebut juga telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di sini. - 



© Utusan Melayu (M) Bhd 
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan