Khairul Fahmi teruja nak bergelar bapa

Apex

PENJAGA gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat teruja bergelar bapa kepada cahaya mata pertamanya, berkemungkinan perempuan yang dijangka dilahirkan penghujung Januari ini.

Berita gembira itu dikongsi Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apex, selepas sidang media Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di TRW Café dekat Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, semalam.

Apex yang turut menyambut ulang tahun kelahirannya ke-25 semalam, berkata, dia gembira apabila isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 23, hanya menunggu masa melahirkan bayi mereka.

“Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini menyerikan lagi keluarga kami," katanya.

Apex juga mengharapkan tahun ini lebih bermakna buatnya bersama isteri dengan perancangan mengeluarkan produk penjagaan diri.

Tambahnya, mereka akan berusaha memperkenalkan dan mempromosikan produk penjagaan diri 'Kaylena Beaute' pada pertengahan tahun ini.

“Dalam karier pula, saya harap The Red Warrior (TRW) membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala dalam Liga-M 2014  dan harap semuanya berjalan lancar,” katanya..-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan