Azwan Ali Tak Kisah Tiada Keluarga?

azwan

Sebelum ini, pernah meletus mengenai pertelingkahan dalam keluarga pengacara kontroversi, Azwan Ali di kaca TV. Terbaru, pengacara yang dikenali sebagai 'Diva AA' sekali lagi menimbulkan persoalan dikalangan peminatnya apabila memuatnaik beberapa keping gambar di majlis amal bersama anak yatim. 
 
"TIADA SIAPA LAGI YG MENGISI KEHIDUPAN AZWAN ALI ! EX FAMILI DI BUANG KERANA TAK BERMUHASABAH ! ANAK YATIM JADI PENGGANTI! OHHH TUHANNNN"
 
Itu merupakan 'caption' yang ditulis bersama gambar yang dimuatnaik. Media Hiburan Online lantas mendapatkan penjelasan lanjut Azwan mengenai statusnya itu. 
 
"Saya menjelaskan isu itu kerana ianya adalah kenyataan hidup. Saya bangga dapat mendedahkan isu itu dan tidak peduli mengenai pandangan masyarakat kerana yang dibidas dan dihentam itu adalah bekas darah daging saya. 
 
"Bagi saya tidak perlu merapatkan hubungan dengan orang-orang sedemikian yang tidak ada perasaan untuk bermuhasabah dan tidak memaafkan sesama sendiri!"
 
Menurut Azwan lagi, adik-beradik yang masih dianggap ahli keluarga hanyalah YB Azmin Ali sekeluarga serta abang sulungnya, Azman Ali sekeluarga. 
 
"Lupakan seketika mengenai pandangan politik mereka. Bagi saya hanya mereka ahli keluarga saya sekarang manakala selebihnya yang kerap kali melagakan keluarga, busukkan nama keluarga dan enggan bermuhasabah bukan darah daging saya!
 
"Selama hari ini, disedari atau tidak, saya Azwan Ali telah bergelumang dengan kontroversi yang tidak langsung menguntungkan karier hanya kerana berada bersama 'ex-family'.
 
"Alhamdulillah, selepas tidak berhubungan dengan mereka, rezeki saya semakin melimpah ruah. Saya akui dahulunya adalah kesilapan besar. Sebentar tadi saya baru sahaja menghubungi agensi pelancongan dan insyaAllah menjelang Ramadan saya akan menunaikan umrah untuk kali ketujuh dan doakan selepas umrah ketujuh ini saya akan menunaikan Haji pula," ujarnya.
 
Ditanya mengenai punca tercetusnya pertelingkahan antara dia dan adik-beradiknya yang lain, Azwan memberitahu dua tahun lalu dia mengirimkan satu SMS mengajak mereka bermuhasabah diri.
 
"Saya hanya mengajak mereka bermuhasabah bukan untuk mereka sahaja tetapi untuk diri saya juga, dengan kata-kata yang baik. Namun begitu, mereka memberi respon yang tidak saya jangkakan. Mereka meroyan, mencaci malahan menghina saya dengan kata-kata nista!" 
 
Menyentuh hubungannya bersama ibunya, Azwan mengambil langkah tidak mahu bercakap banyak. Baginya Mak Tom tetap ibunya dan dia tidak pernah putus mendoakan agar ibunya sentiasa dilindungi dan diberkati Allah. 
 
Azwan juga ada meninggalkan pesan kepada peminat dan penyokongnya;
 
"Ambillah iktibar daripada kes saya ini dan jadikan ia satu pengajaran. Jika anda mempunyai anggota keluarga sebegini, 'just leave us alone'. WHY BOTHER, WHY BOTHER, WHY BOTHER?!"-sumber
 
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan