Najwa Dan Yuna Artis Terkaya 2013
























Harian Metro hari ini mengeluarkan senarai lima artis wanita Malaysia paling kaya bagi tahun 2013. Menariknya, Najwa Latif yang masih muda dan sering dikritik peminat kerana tidak mempunyai bakat menyanyi dinobatkan sebagai artis wanita Malaysia paling kaya tahun 2013 bersama Yunalis Mat Zara'ai.

Memperolehi pendapatan menerusi royalti muat turun nada dering, persembahan dalam dan luar negara serta duta produk, jumlah pendapatan Najwa Latif melebihi RM5 juta sepanjang tahun 2013. Memang mengejutkan dan tidak disangka-sangka.

Manakala penyenaraian Yuna sebagai artis wanita paling kaya tahun 2013 pula memang sudah dijangka memandangkan beliau memperolehi kontrak lumayan di Amerika Syarikat. Sumber pendapatan Yuna diperolehi dari kontrak album, duta produk, runut bunyi The Croods, konsert luar dan dalam negara, royalti, jualan album dan butik IAMJETFUEL.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan