Perak hantar bantahan rasmi

Embedded image permalink


Ipoh: Dua penyokong Perak dipukul sehingga pengsan, bas dibaling suar, cermin belakang kereta pengurus pasukan dipecahkan dan semua penyokong hanya dapat keluar dari stadium, pada jam 12 tengah malam.

Itu antara layanan buruk yang diterima penyokong Seladang ketika bertandang menyaksikan perlawanan Liga Super antara skuad itu dengan Johor Darul Tazim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam kelmarin. 

penghinaan tahap maksimum yang kami terima daripada penyokong JDT. Mereka bertindak melampau ke atas kami walaupun sudah memenangi perlawanan. 



Bayangkan jika pasukan mereka kalah malam kelmarin...saya cukup kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Ia langsung tidak melambangkan budaya masyarakat kita. Ini budaya samseng, kata pengurus pasukan Perak, Datuk Azhar Ahmad, semalam.

Berikutan itu, beliau akan meminta Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin menghantar bantahan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai insiden yang mencemarkan bola sepak negara itu.

Layanan buruk 
Malah, Azhar berkata penyokong Perak seramai 300 orang yang menaiki enam bas menerima layanan buruk sejak sebelum perlawanan bermula apabila mereka di kepung peminat JDT serta tidak mempunyai tiket untuk memasuki stadium.

Sebenarnya PAFA sudah memaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) mengenai kehadiran 300 penyokong itu dan membuat tempahan tiket untuk mereka.

Mujurlah tindakan pantas pegawai FAM dan pegawai Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dapat menyelesaikan masalah itu dan penyokong berkenaan dapat memasuki stadium, katanya.

Di Johor Bahru, polis menahan tiga lelaki dipercayai penyokong JDT berusia dalam lingkungan 20-an di perkarangan stadium, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata tiga lelaki itu ditahan oleh anggota polis bertugas selepas mengejar mereka yang disyaki terbabit dalam insiden membaling batu ke arah sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ketiga-tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan. Polis menyiasat insiden itu dari pelbagai sudut kerana mendatangkan bencana, gaduh gempar dan ugutan, katanya.-sumber


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan