Rebecca mahu mulakan hidup baharu

Rebecca Nur Islam

Nama Rabecca Nur Al-Islam akhir tahun lalu sememangnya hangat diperkatakan. Apatah lagi ‘perseteruan’ dengan seorang penerbit dan pengarah terkenal mendapat perhatian ramai.

Lebih menjadi perhatian apabila, Rabecca mengambil jalan untuk mendermakan wang yang dimenanginya kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

Tapi itu cerita lalu, biarpun baharu berlaku, ujar Rebecca, dia mahu menjalani kehidupan dengan tenaga positif pada tahun ini.

“Tiada apa yang saya harapkan tahun ini selain semua keluarga saya sihat, murah rezeki dan rumah tangga saya berbahagia selalu. Dari soal kerjaya pula, saya harap rezeki saya semakin murah.

“Tiada istilah dendam dan sebagainya. Apa yang berlaku, saya mahu lupakan sahaja. Saya mahu mulakan hidup baharu dengan lebih positif,” katanya.

Biarpun dihambat dengan kontroversi mengenai isu pembayaran, Rabecca berkata, tidak ada lagi terdengar cerita ada penerbit atau pengarah yang bimbang untuk mengambilnya bekerja.

“Alhamdulillah tawaran masih ada dan bulan Februari ini saya akan mula memasuki set penggambaran. Tapi projeknya tidak dapat saya dedahkan dulu kerana sepatutnya penggambaran bermula bulan ini, tapi saya minta tangguh kerana ada urusan penting bulan ini.

“Bagi yang biasa bekerja dengan saya, mereka tahu saya profesional dalam bekerja,” katanya...-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan