TRW mampu jadi pencabar

TRW mampu jadi pencabar

MELIHAT kepada persembahan The Red Warriors (TRW) ketika menewaskan pendatang baharu Liga Super, Sime Darby FC 2-1 dalam aksi pembuka tirai, tidak salah untuk mengatakan gergasi Pantai Timur itu masih lagi tergolong dalam kategori antara pencabar utama musim ini.

Malah, Pengurus Pasukan Kelantan sendiri, Azman Ibrahim tampil meluahkan keyakinan sambil menganggap pasukannya masih mempunyai aura selaku sang juara biar pun terpaksa melakukan transformasi besar-besaran bagi menghadapi saingan getir pada musim ini.

“Saya bersyukur kerana ketika Kelantan tidak diberi harapan pada musim ini, namun pasukan ini tampil dengan acuan tersendiri dan kemenangan sulung ke atas Sime Darby FC membuktikannya.  

“Memang itu (kemenangan) yang kita perlukan lebih-lebih ia adalah perlawanan pertama dan amat penting bagi semua pasukan. Saya tahu ramai penyokong setia Kelantan masih belum menaruh kepercayaan kepada kekuatan pasukan ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Musim ini, juara Piala FA 2013 dibimbing jurulatih pengalaman, Steve Darby yang menggantikan Bojan Hodak, namun keupayaan pengendali berusia 58 tahun dari England itu dikatakan diragui penyokong setia mereka sendiri.  

Ia berikutan, Kelantan kehilangan lebih separuh tonggak utama musim lalu, biar pun percaturan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membawa masuk pemain baharu dan awang import seperti Mohamad Ghaddar dari Lubnan, Francis Forkey Doe (Liberia) dan Mohamed Shawky Aly (Mesir) berjaya mengimbangi kekuatan pasukan berkenaan.  

Azman yang merupakan Setiausaha Agung Kafa memberitahu, beliau percaya dari semasa ke semasa, barisan pemainnya boleh meningkatkan lagi tahap permainan mereka serta menjadi salah satu pencabar disegani dalam saingan Liga Super musim ini.

“Kita mempunyai ramai pemain di bangku simpanan yang masih belum diuji sepenuhnya seperti Muhammad Nazri Ahmad dan Ahmad Shakir Md Ali yang hanya diturunkan hanya 15 minit dalam perlawanan pertama ini.

“Kecederaan Mohamed Shawky seumpama satu rahmat buat pemain lain. Memang kita terasa kehilangan dia tetapi dengan kemasukan Mohamad Ghaddar, kita masih dapat menjaringkan gol. Saya rasa kemenangan pertama ini bukan disebabkan faktor nasib tetapi kerana kita memang berhak untuk menang,” katanya.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan