Wan Zack kini Tunangan orang

Wan Zack

TIDAK lama selepas perkhabaran mengenai ikatan cinta Wan Zack Haikal Wan Noor dengan penyanyi baru, Zzati atau Nur Izzati Mohd. Rashid putus, muncul pula kisah pemain bola sepak kebangsaan itu sudah pun menjadi tunangan orang.

Setakat ini belum dapat dipastikan secara tepat bila pertunangan di antara Wan Zack dan gadis yang hanya dikenali dengan nama Syahifah itu berlangsung.

Beberapa portal hiburan memuatnaik gambar Wan Zack bersama gadis yang dipercayai Syahifah, dalam sebuah majlis pertunangan.

Dilaporkan Syahifah berasal dari Kemaman, Terengganu. Semoga pertunangan berakhir ke jinjang pelamin.

Khabarnya Wan Zack akan terbang ke Jepun semula untuk meneruskan kembali kariernya sebagai pemain bola sepak.

Baru-baru ini kecoh apabila hubungan Wan Zack dan Zzati putus gara-gara penyanyi baru itu dikatakan menggunakan ilmu hitam untuk menawan hati pemain bola sepak itu.

Hubungan diputuskan oleh Zzati demi menjaga maruah keluarga...-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan