Anzalna nyaris kena perangkap



SEKALI menipu lepas. Tapi kalau tak serik-serik menipu alamatnya duduk di dalam lokap. Syed hairan sungguh sebab ramai sangat artis kita yang jadi mangsa penipuan lelaki ini.
Kalau nak ikutkan memang lelaki berkenaan entah siapa-siapa pun. Nak kata pelakon pun tak tapi ada sahaja menempel bersama artis-artis tanah air.
Bila sudah duduk dengan artis dia mula pasang jerat. Cerita macam dia yang paling kaya dan akhir sekali kebas duit artis-artis yang termakan cakap kosong lelaki ini.
Dulu Raja Azmi pernah buat laporan polis tentang penipuan lelaki yang menggunakan pelbagai nama ini. Bukan sahaja buat onar dengan Raja Azmi tapi turut menipu duit artis lain dan juga peminat.
Salah seorang yang hampir jadi mangsa penipuan lelaki ini termasuklah Anzalna Nasir. Kata Anzalna lelaki berkenaan pernah berjumpa dengannya beberapa kali dan menawarkan banyak janji manis.
"Mula-mula tak kenal tapi dia kata dia orang kaya yang nak menawarkan banyak peluang kepada saya. Nak bagi job di Singapura, Bangkok dan macam-macam tempat lagi.
"Duit jangan ceritalah katanya nak melabur sampai RM1 juta. Bila banyak sangat temberang saya mula syak sesuatu sebab dia ‘propa’ sangat bila bercakap.
"Mujur masa itu saya sempat Google nama dia. Baru saya nampak kes-kes penipuan dia sebelum ini. Kalau saya percaya cakap dia entah apa jadi gamaknya," cerita Anzalna lagi.
Kalau percaya cakap dia Syed rasa tak mustahil untuk Anzalna kena ‘jual’ di Bangkok atau Singapura. Tapi khabarnya ramai lagi artis kita yang kena tipu melibatkan wang ringgit. Kasihan.-sumber


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan