JDT menang percuma ke atas T-Team

JDT

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memberi kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas T-Team dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA yang tertangguh berikutan insiden pergaduhan di terowong ke bilik persalinan di Stadium Larkin Sabtu lalu.

Keputusan ini diumumkan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam sidang media di Wisma FAM sebentar tadi.

Hamidin berkata, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) membuat keputusan itu berdasarkan Perkara 4.12.15b peraturan pertandingan Liga Malaysia 2013-2016 kerana kesalahan T-Team yang tidak menghabiskan baki perlawanan pada separuh masa kedua.

"Keputusan itu dicapai selepas mengambil pertimbangan semua aspek termasuk keterangan daripada wakil kedua-dua pasukan, pegawai perlawanan dan pengadil.

"Dan berdasarkan Peraturan 4.12.15b mengikut Peraturan Liga Malaysia 2013-2016 bahawa pasukan lawan dengan sengaja menarik diri dan gagal bermain tanpa alasan yang kukuh.

"Mengenai insiden di dalam terowong di Stadium Larkin, Sabtu lalu, pengadil perlawanan sudah mengarahkan supaya T-Team meneruskan perlawanan namun mereka enggan.

"Jadi, kami memutuskan kemenangan diberi kepada JDT," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada denda dikenakan terhadap pasukan T-Team tetapi amaran keras diberikan kepada JDT supaya perkara sama tidak berulang.

Perlawanan antara JDT dan T-Team di Stadium Larkin ditangguhkan selepas separuh masa pertama apabila T-Team yang ketinggalan 1-2 tidak mahu meneruskan permainan atas alasan keselamatan berikutan tercetusnya pergaduhan antara kedua-dua pasukan di lorong menuju ke bilik persalinan, selepas tamat separuh masa pertama.

Pada Isnin lalu, pemain T-Team, pihak pengurusaan dan jurulatih kecergasannya membuat empat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berhubung insiden itu.

Ketua jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jimenez turut membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Johor Bahru Selatan di sini kelmarin berhubung kejadian itu
.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan