Khairul Fahmi tengah cari nama anak



KOTA BHARU - Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengakui, dia mencari nama yang sesuai untuk diberikan kepada anak sulungnya yang selamat dilahirkan kelmarin.
Menurut penjaga gawang The Red Warriors itu, kehadiran cahaya mata sulung tersebut melonjakkan lagi semangatnya untuk terus cemerlang dalam karier bola sepak pada masa hadapan.
Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek berkata, dia akan terus bekerja lebih keras selepas ini bagi memastikan prestasinya sentiasa berada pada tahap terbaik.
"Masih banyak yang perlu saya pelajari, bagaimanapun saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab bapa.
"Saya belum memberikan nama anak dan masih sedang mencari," katanya ketika ditemui di rumahnya ibu mertuanya di Pasir Pekan, dekat sini semalam.
Kata pemain berusia 25 tahun itu lagi, kehadiran cahaya mata ini juga akan lebih mendisiplinkan dirinya, terutama dari segi pengurusan masa antara kerjaya dan keluarga.
Kelmarin, isteri Khairul Fahmi, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 23, atau lebih dikenali sebagai Leuniey selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.75 kilogram secara normal kira-kira pukul 3 petang.
Khairul Fahmi berkata, kehadiran cahaya mata itu memberi pengalaman baharu buatnya terutama dalam menjalankan tugas sebagai bapa dan suami.-sumber


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan