JDT melepas Wan Zack Mahal


Johor Darul Ta'zim (JDT) yang pada awalnya tampak 'mengintai' untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Nor terpaksa melupakan hasrat itu kerana kontrak untuk ditebus dari FC Ryuku terlalu tinggi. 

Menurut sumber, sebelum ini memang dalam perancangan skuad bergelar Harimau Selatan itu untuk membawa pemain FC Ryuku ke Johor ketika jendela perpindahan pemain tempatan dibuka oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula hari ini hingga 21 April. 

“Namun, kontrak Wan Zack Haikal bersama pasukan kelab Liga Divisyen Dua yang berpusat di Okinawa, Jepun itu hanya berakhir pada April 2015 dan seandainya mana-mana pihak ingin mendapatkan khidmatnya, mereka perlu membeli kontrak berkenaan. 

“Oleh kerana nilai kontraknya terlalu tinggi, JDT terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain itu, musim ini,” katanya semalam. 

Dikait dengan Kelantan 

BH Sukan semalam melaporkan Wan Zack Haikal dikaitkan dengan Kelantan menjelang jendela perpindahan pemain tempatan hari ini, namun belum ada sebarang pengesahan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). 

Selain Wan Zack Haikal, Brendan Gan yang bermain di Australia dan Fitri Omar dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dikaitkan dengan Kelantan. 
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ismail yang melawat Pusat Latihan dan Pemulihan di Padang Seri Gelam, Khamis lalu, menyerahkan kepada pengurus JDT, Bojan Hodak dan ketua jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez untuk mendapatkan pemain baru atau kekal dengan pemain sedia ada. 

"Tidak menjadi masalah jika tiada pemain baru dimasukkan tetapi jika ada perubahan saya akan sokong," katanya. 

Hodak pula berkata, tiada sebarang perancangan untuk mendapatkan khidmat pemain baru tatkala sudah memiliki pemain terbaik yang mampu menggalas tugas mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. 

"Pemain yang sedia ada sudah menunjukkan prestasi yang memuaskan dan tiada perancangan untuk mendapatkan pemain baru," katanya.-sumber

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan