Kenapa perlu disensasikan Isu Wan Zack ?


“ISU Wan Zack Haikal Wan Nor tidak didaftarkan bersama Kelantan untuk bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) sepatutnya tidak disensasikan."

Itu penjelasan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Azman Ibrahim mengenai isu pemain sayap kebangsaan yang dikatakan masih belum didaftarkan bersama pasukan Kelantan sedangkan jendela pendaftaran kedua pemain tempatan telah dibuka ketika ini.

Azman berkata, bekas pemain kelab divisyen tiga Jepun, Ryukyu FC itu, sudah pun menjadi hak milik mutlak The Red Warriors setelah mengikat kontrak selama tiga tahun, baru-baru ini.


“Sebenarnya tempoh pendaftaran pemain masih panjang dan hanya akan berakhir pada 22 April ini. Soal Wan Zack Haikal tidak didaftarkan bermain dalam Liga-M sepatutnya tidak perlu diperbesarkan.
“Wan Zack Haikal masih tidak boleh bermain akibat kecederaan. Untuk mendaftarkan dia, kita kena gugurkan seorang lagi pemain. Kita masih ada masa, jadi kita tak perlu tergesa-gesa untuk daftarkan pemain berkenaan pada masa sekarang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perlawanan Liga Super membabitkan pertemuan Kelantan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.

Akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum menerima permohonan daripada pihak Kafa untuk mendaftarkan pemain berusia 23 tahun itu, sekali gus mencetuskan persoalan dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan.
Isu Wan Zack tak perlu disensasi

Sebelum itu, pihak Kafa telah mendaftarkan Brendan Gan yang baharu memperoleh taraf kewarganegaraan Malaysia dan Mohd Fitri Omar  dari ATM untuk memperkuatkan Kelantan pada baki saingan Liga-M musim ini.

Dalam perkembangan berbeza, Azman yang juga Pengurus Pasukan mengesahkan dua pemainnya iaitu Muhammad Aizat Jaini dan Famirul Ashraf Sayuti kini menjalani sesi pemilihan bersama skuad Perak.

“Kelantan bersedia melepaskan salah seorang pemain berkenaan sekiranya Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berminat untuk mendapatkan khidmat mereka,” katanya.-sumber


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan