TERKULAI DALAM KERETA MAUT DITEMPAT KEJADIAN (6GAMBAR)


 Perjalanan pulang seorang pekerja kilang dari Seremban ke rumahnya di Kampung Sungai Beringin Air Panas di Pedas berakhir dengan tragedi apabila mangsa maut selepas terbabit dalam nahas dua kenderaan di Pedas, pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Faramazila Kamaruzaman, 24, yang menaiki kereta jenis Produa Axia disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Susulan insiden berkenaan, sepasukan anggota bomba diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Fuad Masjid bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 7.48.




Pasukan bomba tiba pada jam 7.52 pagi di lokasi kemalangan membabitkan pacuan empat roda dan juga Produa Axia.

Fuad berkata, dalam kejadian berkenaan, mangsa yang berada di dalam pacuan empat roda iaitu seorang lelaki, seorang perempuan warganegara Myanmar dan seorang kanak-kanak mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.

“Mayat di bawa ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- cgk
Share on Google Plus

About Mohamad Hakimi

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan