Gandingan Nwaneri, Nik Shahrul mantapkan TRW



KOTA BHARU - Pemain baharu Kelantan yang bakal beraksi di posisi pertahanan, Nazri Ahmad, yakin gandingan beliau bersama Obinna Nwaneri dan Nik Shahrul Azim Ab Halim akan memantapkan jentera pertahanan The Red Warriors dalam mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.
   
Nazri, 23, berkata beliau kini makin serasi dengan pemain lain, terutama selepas beberapa siri aksi persahabatan pramusim dan latihan kendalian jurulatih Steve Darby.
   
"Nwaneri dan Nik Shahrul merupakan pemain senior dalam pasukan sekali gus tonggak utama di barisan pertahanan, dan saya yakin mampu membentuk kombinasi yang ideal antara kami bertiga.
   
"Sebagai pemain baharu untuk Kelantan, saya akui masih memerlukan masa untuk mendapatkan keserasian dengan pemain lain namun yakin ia mampu diatasi hasil latihan dan beberapa siri perlawanan persahabatan," katanya kepada Bernama hari ini.
   
Bekas pemain pertahanan Kelab Johor Darul Takzim (Johor DT) itu berkata beliau akan memberi persembahan terbaik ketika perlawanan berlangsung.

Ketika ditanya persaingan yang mungkin berlaku untuk meraih tempat dalam kesebelasan utama pasukan, Nazri berkata perkara itu tidak menjadi masalah kepadanya dan menganggap ia sebagai sesuatu yang sihat.
   
"Bagi saya, semua pemain Kelantan musim depan mempunyai kualiti masing-masing.
   
"Walaupun mungkin ada persaingan merebut tempat dalam skuad utama namun saya menganggap persaingan itu sebagai perkara yang positif buat pasukan.
   
"Selain itu, jurulatih juga mempunyai banyak pilihan untuk menukar pemain kerana kesemuanya dapat bermain dengan baik. Saya yakin, dengan pemain yang ada, kami boleh melakukan sesuatu untuk Kelantan pada musim depan," katanya. - sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan