Video Gwiyomi Nora Danish antara popular 2013



Aksi tarian Gwiyomi Nora Danish dan klip video Bahagiamu Deritaku yang dinyanyikan Hafiz AF antara dua video popular di YouTube Malaysia sepanjang 2013 yang bakal menutup tirainya tidak lama lagi.


Namun, jika dilihat secara keseluruhan laman video online terbabit, kumpulan The Fox dengan video ‘Wa-pa-pa-pa-pa-pa-pow!’ menjadi video paling meningkat di YouTube Malaysia tahun ini.
 Pada masa sama, artis popular, Psy yang beraksi dalam video kedua bertajuk ‘Gentleman’ menjadikannya video muzik paling pantas dimainkan di YouTube Malaysia tahun ini. 
Sementara itu, lebih 500,000 orang melanggan Astro Gempak, menjadikannya saluran paling banyak dilanggan di YouTube Malaysia pada 2013.

YouTube turut menyediakan platform kepada peng­guna untuk mencipta saluran TV sendiri melalui laman video paling popular itu.

Tahun ini juga terbukti menjadi tahun ‘viral’ hit Gwiyomi di YouTube Malaysia yang membabitkan gerak isyarat muka comel sehingga melahirkan banyak parodi dan kompilasi termasuk daripada selebriti tempatan sendiri. 
Ini sekali gus menjadikan dua video Gwiyomi berada dalam senarai 10 video paling meningkat di YouTube Malaysia. 
Rekod dunia 2013 jatuh kepada The Fox yang ditonton lebih 275 juta kali, menjadikannya video global paling meningkat tahun ini. 
YouTube juga mencatatkan rekod 23 juta pelanggan di seluruh dunia melalui pelbagai saluran dan lebih tujuh bilion jam video ditonton setiap bulan di YouTube pada 2013 dengan 80 peratus tontonan datang dari luar Amerika Syarikat..-sumber


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan