Aizat enggan lepas peluang

Muhammad Aizat Jaini

MENYERTAI pasukan ‘besar’ seperti The Red Warriors (TRW) sememangnya menjadi impian bagi mana-mana pemain bola sepak sekali gus menjadi batu loncatan buat mereka membina karier dalam sukan tersebut.

Jika ramai pemain tempatan lain sukar mencuba nasib, namun berlainan pula bagi bekas Penolong Kapten UiTM FC musim lalu, Muhammad Aizat Jaini apabila terpilih berada dalam kelompok pemain gergasi pantai timur itu.

Panggilan saat-saat akhir daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mungkin boleh dianggap ‘talian hayat’ bagi pemain kelahiran Shah Alam, Selangor itu untuk beliau menyambung cita-cita besarnya.

Malah ia dikatakan tuah bagi pemain berusia 27 tahun itu apabila berjaya mengisi slot pemain ke-24 Kelantan sementara satu lagi kuota disediakan untuk Brendan Gan apabila jendela pendaftaran kedua pemain tempatan dibuka bermula 23 Mac hingga 24 April nanti.
 
TAK KESAL

Tiada istilah kesal bagi Muhammad Aizat apabila memilih untuk menyertai TRW musim ini setelah gagal mendapat tempat bersama negeri kelahirannya sendiri dalam sesi pemilihan pemain.

Malah, Muhammad Aizat menyifatkan ia peluang terbaik bagi beliau untuk bergelar pemain bola sepak profesional setelah memulakan kerjaya dari bawah iaitu pertandingan Piala Presiden, Liga FAM dan Liga Premier sebelum ini.

Sedar kelibat beliau diperhatikan, Muhammad Aizat menjelaskan sudah bersedia berdepan cabaran terutama kritikan daripada penyokong fanatik pasukan pantai timur itu.

SEDIA BERSAING

Biar pun sedar beliau bukanlah nama besar apabila memilih berkelana ke Kota Bharu, namun Muhammad Aizat menanamkan tekad untuk mempamerkan prestasi terbaik di hadapan penyokong setia Kelantan.

Malah, beliau yakin pengalaman dimilikinya sepanjang bersama UiTM FC selama tiga musim mampu membantunya bersaing dengan pemain lain bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad kendalian Steve Darby itu..-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan