(AJL28) Milik Hafiz [Bahagia mu Derita ku]


Hafiz

MALAM Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) bermula dengan persembahan pembukaan yang bertenaga gandingan Shila Amzah dan Mus May dengan lagu Mahakarya Cinta.

AJL dirancakkan dengan tarian dari kumpulan Funky Fresh Family yang memukau ribuan penonton di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Selain itu, beberapa artis terkenal tanah air termasuk Ziana Zain, Waris dan Zaidi One Nation Emcees, Datuk M Daud Kilau dan penyanyi rock tanah air, Amy Search.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar menyatakan tema "Game On" dipilih ekoran penggiat seni tanah air yang dinamik dalam menghasilkan muzik mengikut trend.

"Elemen 'Game On' akan direalisasikan dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzik dan persembahan istimewa yang mampu memberikan impak mendalam bukan sahaja kepada persembahan finalis, segmen pembuka tirai dan 'interlude', malah boleh dilihat dan dirasai secara keseluruhan ketika perjalanan program ini berlangsung.

"...AJL sering membawa konsep berlainan pada setiap tahun dan tahun ini kami pilih 'Game On' kerana dinamik penggiat muzik yang dipamerkan dalam menggerakkan industri tanah air.

"Mereka sentiasa bertenaga dan mampu membuat penyesuaian kerana 'trend' muzik dan cita rasa pendengar selalu berubah, malahan mereka juga sentiasa melakukan pembaharuan dan kemajuan seiring dengan pembangunan arus muzik di industri tempatan mahupun antarabangsa," katanya.

Malam berprestij ini juga dihoskan oleh Scha Al-Yahya dan AG Hot FM dengan celoteh yang mencuit hati semua penonton dengan menggunakan tajuk lagu untuk dijadikan skrip.

Berikut persembahan lagu-lagu yang dipertandingkan :

Persembahan 1 :Aku Pelat - Salammusik

Persembahan 2 :Takkan Terpisah -Black

Persembahan 3 :  In Love With You - Aizat Amdan dan Noh Salleh

Persembahan 4 : Hanya Aku [Tempat ke-2] - Hyper Act

Persembahan 5 : Bosan - Stacy

Persembahan 6 : Bahagiamu Deritaku -Hafiz-[Persembahan Terbaik]

Persembahan 7 : Penglipur Lara - Hazama dan The Penglipurlara

Persembahan 8 : Ikut Rentakku - Jaclyn Victor- [Vokal terbaik]

Persembahan 9 : Sahabat dan Najwa Latif feat Sleeq dan Syamkamarul

Persembahan 10 : Tanda Tanya - Azlan dan The Typewriter

Persembahan 11 :  Kau Yang Terindah - Alyah

Persembahan 12 :  Kalau Aku Kaya - Awi Rafael dan Altimet- [Tempat ke-3]-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan