Kelantan enggan dabik dada

Kelantan enggan dabik dada

BIARPUN berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Sarawak pada aksi kedua saingan Liga Super di Stadium Negeri, Petra Jaya, malam kelmarin, The Red Warriors enggan mendabik dada di sebalik kejayaan tersebut.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, perjalanan liga baharu sahaja bermula dan kejayaan meraih tiga mata penuh ke atas Ngap Sayot pada perlawanan kedua itu tidak harus melekakan barisan pemainnya.

“Dari satu sudut, kami sebenarnya agak bernasib baik dapat mencuri tiga mata di Kuching. Kemenangan ke atas Sarawak merupakan satu bonus dan motivasi buat pemain Kelantan untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

“Namun, masih banyak kelemahan menghantui pasukan ini dan perkara ini dalam perhatian jurulatih (Steve Darby) untuk memperbetulkannya. Memang kemenangan dalam setiap perlawanan amat mustahak untuk kita mencongak hala tuju pasukan selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Jaringan penyerang kebangsaan Liberia, Francis Forkey Doe pada penghujung perlawanan memastikan Kelantan terbang pulang ke Kota Bharu dengan tiga mata penuh sekali gus membolehkan gergasi Pantai Timur itu memimpin saingan liga setelah merakamkan dua kemenangan berturut-turut.

Menurutnya, barisan pemain Kelantan masih belum mempamerkan rentak sebenar dalam perlawanan tersebut dan beliau berharap kelemahan itu diatasi segera menjelang pertemuan menentang PKNS FC di gelanggang keramat mereka, malam esok.

“Biar pun Forkey Doe meledak jaringan pada perlawanan itu, namun gandingan dia bersama Mohamad Ghaddar masih belum menampakkan keserasian dan mereka berdua perlu lebih tajam di depan pintu gol lawan jika mahu menghasilkan gol,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak risau dengan benteng pertahanan memandangkan gandingan Obinna Nwaneri, Mohd Farisham Ismail dan Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim sudah berjaya membentuk kombinasi mantap dalam dua perlawanan lalu.

“Saya fikir bahagian tengah perlu diperbaiki lagi. Ketiadaan dua pemain tonggak, Amar Rohidan dan Mohamed Shawky Aly pada pertemuan dengan Sarawak amat dirasai dan saya harap mereka berdua boleh beraksi memperkuatkan Kelantan pada malam esok,” katanya
.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan