Kelantan tak ambil mudah temu Perlis



KOTA BHARU - Setelah kalah kepada beberapa kelab dalam siri perlawanan persahabatan bulan lepas, Kelantan tidak akan mengambil mudah pertemuannya dengan pasukan Liga Premier, Perlis, dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini esok.

Ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby berkata, perlawanan ini akan dijadikan tanda aras oleh pasukan itu dalam membuat persiapan menghadapi musim Liga M tahun ini.

“(Perlawanan dengan) Perlis sangat penting bagi kami. (Tapi) janganlah hilang semangat kerana keputusan sebelum ini. Kami akan menentang antara pasukan terkuat. Kami bukan bermain dengan kanak-kanak lagi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Darby, yang membimbing Kelantan sejak November tahun lepas berikutan pengunduran Bojan Hodak, berkata beliau tahu cabaran yang akan dihadapinya dan pasukan itu apabila sekumpulan pemain senior meninggalkan Kelantan untuk menyertai pasukan lain.

Lapan pemain Kelantan yang berhijrah ke pasukan lain ialah Mohd Norfarhan Mohammad, Indra Putra Mahyuddin, Azizi Mat Rose, Mohd Rizal Fahmi Rosid, Mohd Shakir Shaari, S Subramaniam, Daudsu Mohd Jamaluddin dan Mohd Izuan Solahuddin.
    
Jurulatih berusia 55 tahun ini berkata belum memutuskan 11 pemain utama yang akan beraksi esok dan beliau akan berbuat demikian setelah menilai kecergasan mereka melalui latihan hari ini.

Pada 11 Januari, Kelantan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab bola sepak Thailand, Patalong FC, di gelanggang sendiri...-sumber 
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan