Pamir Aksi terbaik Janji Pok Nik Untuk Musim Depan


KOTA BHARU – Pemain pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim Ab Halim menjanjikan persembahan terbaik dalam saingan Liga Malaysia musim akan datang selepas pulih daripada kecederaan lutut yang dialaminya pada musim ini.
Pemain yang pernah beraksi bersama Harimau Muda A kendalian Datuk Ong Kim Swee itu berkata kecederaan lutut kanannya kini sudah pulih antara 70 hingga 80 peratus dan dijangka memerlukan sedikit masa lagi untuk pulih sepenuhnya.
“Saya yakin dapat beraksi bersama pasukan apabila tirai Liga M dibuka pertengahan Januari depan.
“Saya perlu menggandakan latihan untuk mengembalikan semula keyakinan selepas berehat kerana kecederaan selain  menambat hati jurulatih baharu Kelantan, Steve Darby,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Pemain berusia 22 tahun itu berkata persaingan merebut posisi pertahanan juga agak sengit berikutan kehadiran pemain baharu Nazri Ahmad yang pernah menyarung jersi bersama kelab Johor Darul Takzim (JDT) di posisi sama.
“Memang tidak dinafikan wujud persaingan dalam merebut tempat di posisi pertahanan selepas kemasukan beberapa pemain baharu yang berkualiti, namun saya melihat persaingan itu sebagai positif untuk membantu pasukan memburu kejuaraan,” katanya.
Nik Shahrul Azim turut meletakkan keyakinan tinggi terhadap dua penyerang import baharu Kelantan – Mohamed Ghaddar dan Francis Forkey Doe – untuk merobek gawang lawan..=sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan