Penyokong liar! cemarkan imej JDT

Penyokong JDT Liar

Permulaan baik pasukan pilihan utama Liga Super 2014, Johor Darul Takzim (DT) apabila menumpaskan Perak 2-0 bagaimanapun dicemari gelagat liar penyokongnya terhadap penyokong pelawat, malam kelmarin.
Insiden panas di Stadium Larkin itu menyaksikan penyokong Perak dipukul, bas dibaling suar, semua penyokong hanya dapat keluar stadium jam 12 tengah malam serta cermin belakang kereta pengurus dipecah dan dibaling batu. Pengurus Perak, Datuk Azhar Ahmad ketika memaklumkan insiden itu menyifatkannya sebagai penghinaan tahap maksimum yang diterima daripada peminat Johor DT.
“Bayangkan jika pasukan mereka kalah malam kelmarin. Saya tidak tahulah apa akan jadi. Apa yang pasti saya cukup kesal dan kecewa dengan kejadian ini.
“Johor DT sebuah pasukan mantap dan kuat, tetapi sayangnya gelagat penyokongnya tidak seiring dengan perkembangan drastik pasukan itu.
“Saya ingatkan dalam era maju ini sudah tiada lagi tingkah laku dan perlakuan ganas, tetapi malangnya masih ada yang bertindak tidak rasional,” katanya.
Beliau hairan dengan tahap kawalan keselamatan longgar di stadium itu kerana tuan rumah sepatutnya memastikan keselamatan pelawat terkawal.
“Main bola, main bolalah kenapa hendak cederakan orang dan rosakkan harta benda orang? Saya hairan kenapa peminat Johor DT perlu bertindak liar sebegitu,” katanya. Berikutan itu beliau akan meminta Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin menghantar bantahan rasmi kepada FAM mengenai insiden yang mencemarkan bola sepak negara itu.
Malah bibit-bibit insiden dan layanan buruk terhadap peminat Perak berlaku lebih awal apabila seramai 300 orang yang menaiki enam bas di kepung peminat Johor DT serta tidak mempunyai tiket untuk memasuki stadium.
Bagaimanapun campur tangan pegawai FAM dan pegawai Tengku Mahkota Johor (TMJ) perkara itu dapat diselesaikan dan penyokong berkenaan dapat memasuki stadium.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan