[Terkini] Zizan Razak Enggan Ulas Isu Bercumbu Dengan Emma Maembong



PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Zizan Razak enggan mengulas mengenai gosip yang mendakwa dia bercumbuan dengan aktres Emma Maembong di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan bercuti ke Los Angeles, Amerika Syarikat.
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 30, ketika dihubungi mStar Online berkata, dia masih belum membaca laporan mengenai perkara itu dan akan mengulas selepas mengetahui cerita sebenar.
"Maaf, saya baharu sampai pukul enam pagi tadi dan tidak tahu cerita sebenar dan tidak boleh komen buat masa ini.
"Apabila sudah mengetahui situasi sebenar nanti saya akan komen," katanya.
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Zizan dan Emma tanpa segan silu bercumbuan di atas kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi mereka.
Bagaimanapun sebelum ini, kedua-dua pasangan itu yang pernah dikaitkan bercinta tetapi menafikan perkara itu.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan