The Red Warrior mahu permulaan baik musim ini

Piya

KELANTAN menyasar mengutip tiga mata penuh pada aksi sepak mula Liga Super menentang pasukan berstatus kelab, Sime Darby FC di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Sabtu ini.
   
Kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi berkata, ia amat penting buat 'The Red Warriors' bagi memastikan moral terutama dalam kalangan pemain muda terus meningkat untuk mengharungi banyak perlawanan getir sepanjang musim ini.
   
Beliau bagaimanapun tidak memandang mudah keupayaan Sime Darby walaupun pasukan lawan hanya berstatus kelab.
   
"Kita perlu sedar musim ini akan ada lebih banyak pasukan pencabar yangdi luar jangkaan, malah saya menasihatkan pemain muda supaya jangan ambil mudah ketika berdepan Sime Darby," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
   
Dalam pada itu, Mohd Badhri, yang mesra dipanggil Piya berkata, Kelantan turut menyasarkan menjulang sekurang-kurangnya satu trofi pada musim ini walaupun pernah mendapat gelaran juara treble pada 2012.

Menurutnya, arena bola sepak negara sudah mula berubah dengan kemunculan pasukan lebih kuat yang memberi saingan sengit.
   
Selain itu, faktor pemain baharu Kelantan juga dilihat menjadi cabaran buat 'The Red Warriors' musim ini susulan kehilangan sebilangan besar tonggak utamanya kepada pasukan lain.
   
"Saya tidak memperkecilkan pasukan sendiri tapi sasaran satu piala itu lebih realistik jika melihat pasukan baharu untuk musim ini.  Bagaimanapun, pemain tetap akan mencuba sebaik mungkin dan bonus bagi kita sekiranya berjaya meraih lebih daripada satu piala," katanya. sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan