Ketika menghadiri sambutan ulang tahun ke-35 Dato' siti Nurhaliza dan ke-10 Sitizone semalam, MH Online perasan kelibat seorang lelaki yang jarang dilihat di kalangan ahli keluarga mereka.
Kehadirannya juga menimbulkan tanda tanya pihak media. Ramai yang beranggapan adakah dia 'kekasih baru' kepada Saida iaitu kakak kepada Dato' Siti.
Dirisik hal itu kepada empunya diri, Saida tersenyum dan mengakui sedang mengenali lelaki yang berstatus duda itu.
"Buat masa ini kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Biarlah hubungan ini berjalan mengikut aturannya. Seperti saya, dia juga mempunyai anak menerusi hubungannya terdahulu. Dia seorang yang berfikiran matang dan doakan agar hubungan ini dapat berjalan dengan lancar.
Malah, perbezaan usia juga bukanlah menjadi penghalang kepada hubungan ini," ujar Saida,38, mengenai usia jejaka itu yang empat tahun lebih muda daripadanya. -sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan