[Akhirnya] Nabil memohon maaf secara terbuka kepada Luna Maya

Nabil

PELAWAK terkenal Ahmad Nabil Ahmad akhirnya memohon maaf secara terbuka kepada Luna Maya dan peminat Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013.

"Saya nak minta maaf secara terbuka di TV ni kepada Luna Maya dan peminat-peminat Luna Maya kerana minggu lepas saya ada buat lawak yang agak agresif dan telah melukakan hati ramai orang.
 
"Jadi saya dengan rendah diri nak minta maaf kepada semua," katanya dalam sebuah program terbitan Astro.

Nabil bersama Harith Iskandar  minggu lalu dilihat mencetuskan kotroversi apabila mengaibkan juri berkenaan dengan kisah lampau membabitkan isu skandal.

Ekoran tindakannya itu, Nabil dikritik hebat pelbagai pihak. Sungguhpun kebanyakan juri, termasuk Luna, dan penonton sangat sporting namun tindakan Nabil menyelitkan lawak menyindir masalah lampau Luna secara langsung, bukan sahaja mengaibkan Luna tetapi juga menimbulkan perasaan kurang senang penonton.

Terdahulu, Nabil pernah memberitahu beliau tidak akan memohon maaf kerana menganggap beliau tidak melakukan kesilapan.
 
"Saya tidak berhasrat untuk meminta maaf kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan atau mempunyai isu peribadi dengan Luna Maya. Saya tidak sangka pula lawak saya itu dilihat sebagai satu unsur penghinaan atau cuba mengaibkan Luna Maya.
 
“Saya rasa kesal dengan segelintir peminat atau penonton yang berfikiran sempit sehingga cuba mahu perbesarkan hal-hal seperti ini. Sedangkan ianya sebuah lawak semata-mata dan tidak langsung cuba mahu menjatuhkan maruah individu yang terbabit,” ujar beliau
.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan