Piya tuntut rakan kerja keras



KETUA Pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi menuntut rakan sepasukannya bekerja lebih keras apabila menghadapi Perak pada aksi saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, malam esok, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Mohd Badhri atau dikenali Piya berkata, ia berikutan barisan pemain Perak mempunyai rehat mencukupi sedangkan pasukannya jelas keletihan selepas bergelut menyingkirkan Sabah pada pusingan kedua Piala FA di Kota Bharu, Selasa lalu.

“Berdepan dengan Perak bukan satu tugas mudah buat Kelantan. Kami kena bekerja lebih keras di atas padang untuk tempoh 90 minit perlawanan itu nanti andai tidak mahu pulang tangan kosong dari Ipoh.

“Biar pun Perak membariskan ramai muka baharu pada musim ini, namun pemain mereka sebenarnya memiliki semangat juang yang tinggi dan tidak mudah berputus asa. Jadi, kami perlu bermain secara berpasukan jika mahu misi meraih tiga mata tercapai,” katanya.

Malah, jeneral padang berusia 32 tahun itu turut mengingatkan rakannya supaya berwaspada dengan skuad kendalian Abu Bakar Fadzim yang pasti mahu menjadikan Kelantan sebagai mangsa kebangkitan selepas mereka kecundang 0-1 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 28 Januari lalu.

“Kami tidak mahu menjadi seperti Terengganu, kalah 0-1 menerusi jaringan pada minit akhir perlawanan. Saya fikir bukan sahaja benteng pertahanan tidak boleh leka tetapi semua pemain juga diingat tidak bersikap cuai,” katanya.

Menurutnya, setelah tewas 1-2 ditangan PKNS FC, Kelantan tidak boleh tercicir mata lagi andai tidak mahu kedudukan mereka terus menjunam dalam carta liga
.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan