Apek diberi cuti sempena kelahiran bayinya



KUALA LUMPUR: Penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat teruja menyambut kelahiran bayi perempuan sulungnya awal pagi Selasa.
Pemain Kelantan ini atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bersyukur bayi dan isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar berada dalam keadaan sihat dan telah pulang ke kediaman mereka lebih kurang pukul 2 petang Selasa selepas bersalin di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.
"Alhamdullilah semuanya selamat. Saya begitu gembira bergelar seorang bapa dan sekaligus tangggungjawab pastinya makin bertambah.
"Kelahiran bayi ini memberikan saya semangat untuk terus bekerja keras dalam apa jua yang saya lakukan.
"Mengenai nama yang bakal diberikan kepada bayi ini, kami belum membuat keputusan lagi, mungkin malam ini atau dalam masa yang terdekat akan diputuskan," jelasnya kepada mStar Online.
Apek diberi cuti rehat pada Selasa oleh majikannya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berikutan kelahiran bayinya itu.
Kelantan bakal bertemu Sabah pada aksi pusingan kedua Piala FA malam ini.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan