Kelantan mahu habiskan Sabah dalam 90 minit



KOTA BHARU - Juara bertahan Kelantan mahu menamatkan saingan pusingan kedua Piala FA dalam tempoh 90 minit apabila melayan kunjungan Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.
Jurulatih The Red Warriors, Steve Darby berkata, dia seboleh-bolehnya mahu perhitungan itu dilangsaikan dalam tempoh tersebut bagi membolehkan anak-anak didiknya mendapat rehat mencukupi bagi menghadapi Perak pula dalam aksi Liga Super pada Sabtu.
Menurutnya, bagaimanapun dia dan barisan pemain tetap membuat persediaan untuk beraksi pada masa tambahan atau penentuan sepakan penalti sekiranya permainan dalam masa sebenar terikat dengan keputusan seri.
"Saya tetap waspada dengan keupayaan Sabah. Berdepan dengan mereka bukanlah tugas mudah buat barisan pemain The Red Warriors dan keupayaan mereka layak ke pusingan kedua tidak perlu diperkecilkan.
"Secara jujurnya saya tidak mengetahui keupayaan sebenar pasukan berkenaan dan hanya sempat mengkaji corak permainan mereka menerusi rakaman video," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Darby memberitahu, bagaimanapun dia sudah bersedia untuk menghadapi perhitungan hidup mati pasukannya dalam perlawanan itu nanti.
Sehubungan itu, Darby menggesa anggota skuadnya menampilkan permainan bertenaga dalam perlawanan itu bagi memastikan Kelantan mara ke suku akhir.
Dalam perkembangan lain, jurulatih dari England itu mendapat khabar yang menggembirakan setelah pemain tengah Mohamed Shawky Aly disahkan sudah pulih daripada kecederaan.
Katanya, dia berharap tonggak tengah kelahiran Mesir itu cergas sepenuhnya bagi membantu Kelantan menghadapi Sabah nanti.
"Dalam aksi persahabatan di Brunei Jumaat lalu, dia beraksi selama 45 minit dan menunjukkan petanda positif sepanjang tempoh tersebut.
"Saya jangkakan kehadiran Shwaky akan memantapkan lagi persembahan The Red Warriors," katanya.-



Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan