Formasi 4-4-2 TRW berkesan



Kota Bharu: Pengurus Azman Ibrahim melaung amaran bahawa skuad The Red Warriors (TRW) sudah kembali ke tahap sebenar apabila membenam T-Team 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.
Kemenangan itu selepas menewaskan PKNS FC 3-2 dalam saingan suku akhir pertama Piala FA, 11 Febuari lalu membuktikan aksi gergasi Pantai Timur itu lebih menyengat apabila jurulatih Steve Darby menggunakan formasi 4-4-2.
Azman berkata, formasi itu secara tidak langsung membentuk persefahaman lebih tinggi di kalangan pemain.
Katanya, pujian juga harus diberikan kepada pemain muda Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, 22, yang mempamer aksi cemerlang dan berani membawa masuk bola ke kubu lawan bagi memberi ruang kepada penyerang melakukan penyudah.
“Saya gembira kerana pemain sudah kembali kepada persembahan sebenar malah mencapai keserasian selain ditambah dengan kesungguhan pemain dan perubahan formasi yang dilakukan jurulatih.
“Saya jangka persembahan TRW akan terus meningkat untuk mencabar Pahang, Lions XII, Selangor dan ATM,” katanya.
Bagaimanapun, Azman berkata, persediaan Kelantan beraksi pada suku akhir kedua Piala FA menentang PKNS FC esok mungkin terjejas selepas penyerang, Ahmad Shakir Ali mengalami kecederaan selain beberapa tonggak menerima kad kuning.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan