Ghaddar ditugaskan robek gawang JDT

 Kota Bahru: Mohammed Ghaddar akan mengetuai jentera serangan Kelantan apabila bertemu Johor Darul Ta'zim (Johor DT) di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Bahru malam ini.


Ketua jurulatih The Red Warriors (TRW) Steve Darby berkata, Ghaddar mempunyai ciri-ciri diperlukan untuk mengemudi jentera serangan Kelantan dengan berkesan.
“Ghaddar akan beraksi esok kerana dia sentiasa mahu diturunkan, terutama menentang Johor DT,” katanya semalam.
Darby berkata, pemainnya perlu fokus walaupun bekas ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak yang sekarang menjadi pengurus Johor DT mahu mengutip tiga mata penuh di Kota Bharu.
“Saya akan pilih pemain terbaik kerana kami perlu menghormati peminat.
Kami mahu menang semua perlawanan,” katanya.
Jurulatih berusia 59 tahun itu berkata beliau mungkin menurunkan Brendan Gan dan Mohd Fitri Omar menentang Johor DT nanti.
“Kami sedang menunggu kelulusan untuk Brendan dan Fitri, tapi Wan Zack Haikal (Wan Noor) tidak akan diturunkan kerana masih cedera dan hanya akan turun dalam kempen Piala Malaysia,” kata Darby.
Kelantan menduduki tangga ketiga Liga Super dengan 13 mata selepas lapan perlawanan.
Darby berkata, Johor DT masih menjadi pasukan pilihan walaupun mereka kehilangan khidmat Baihakki Khaizat selepas kapten pasukan itu dibuang padang kerana mengasari pemain Angkatan Tentera Malaysia, Venice Elphi.
“Itu bukan masalah besar kerana mereka mempunyai ramai pemain berkualiti,” katanya.-sumber


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan