Pantai Timur mahu kekal dominasi


KUALA LUMPUR - Terengganu, Pahang dan Kelantan mempunyai misi penting dalam perlawanan Liga Super hari ini apabila masing-masing sudah pasti tidak mahu terlepas perluang meraih mata penuh dan mahu terus berada di antara tiga slot terbaik serta berlumba memburu kejuaraan liga musim ini.

Jika ketiga-tiga pasukan, yang berkongsi 13 mata itu berjaya mencatat kemenangan maka penguasaan pasukan Pantai Timur di kelompok teratas liga akan berterusan tetapi ia bukannya tugas yang mudah, terutama buat Terengganu dan Kelantan.

Terengganu yang unggul di tangga teratas hasil kelebihan jaringan perlu berdepan ­Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pasukan yang belum tewas selepas dua perlawanan berturut-turut.

ATM sebelum ini berjaya mengikat Johor Darul Ta'azim (JDT) 1-1 di gelanggang lawan, Sabtu lalu dan pada 15 Mac lalu mereka mencatat keputusan yang sama ketika berdepan Selangor di Selayang.
Jadi Terengganu perlu berhati-hati berdepan skuad bimbingan B. Sathianathan itu yang mula menunjukkan peningkatan dan ketajaman menerusi sentuhan penyerang import dari Argentina, Juan Arostegui.

Mereka perlu melupakan kekalahan 3-2 kepada Sime Darby, Sabtu lalu dan membuktikan menduduki tangga liga bukan kerana nasib.
Bagi Kelantan, kekalahan 1-0 kepada Selangor perlu dilupakan segera. Berita kehadiran tiga pemain baharu, Wan Zack Haikal Wan Noor, Brendan Gan dan Mohd. Fitri Omar bakal menjadi pembakar semangat kepada juara Piala FA musim lalu.

Bagaimanapun lawan mereka, JDT ibarat harimau terluka selepas dua perlawanan sebelum ini mereka kecundang kepada Terengganu 0-1 dan sekadar seri menentang ATM.
Kali terakhir Kelantan tumpas di Stadium Sultan Muhammad IV adalah pada 28 Januari lalu ketika bertemu PKNS, namun anak buah Steve Darby dijangka sudah belajar daripada kesilapan.

Prestasi tidak menentu PKNS dan rekod tanpa kalah tiga perlawanan berturut-turut mungkin memberi kelebihan kepada Pahang, yang dirasakan tidak mahu ketinggalan serta melepaskan peluang untuk kekal di kelompok teratas liga.

Sarawak pula mampu menyekat kebangkitan Selangor kerana Stadium Negeri dilihat sebagai ­gelanggang yang menggerunkan buat mana-mana pasukan lawan.-sumber


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan