TRW buru 3 mata di Paroi


MEMULAKAN saingan dengan langkah kanan menjadi impian semua pasukan dan Kelantan jelas tidak terkecuali mengharapkan perkara yang sama berlaku ketika berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi pembuka tirai Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Ketua Jurulatih The Red Warriors (TRW), George Boateng berkata, dia tidak mahu menetapkan sasaran untuk mengutip hanya satu mata pada pertemuan ini meskipun sedar pasukannya bakal mendapat tentangan sengit daripada skuad The Gladiators itu.  

“Saya tahu perlawanan pertama ini cukup sukar tetapi saya tidak mahu cakap besar. Kami mengharapkan satu permulaan menarik berlaku di sana malam ini, biarpun ATM juga turut mahukan kemenangan lebih-lebih lagi bermain di tempat sendiri.

“Sasaran kami menang, tidak kiralah jumpa Johor Darul Ta’zim (JDT) atau ATM sekali pun. Saya beritahu pemain, ini adalah pertemuan getir dan sebagai jurulatih, sudah pasti saya menaruh keyakinan Kelantan boleh beraksi lebih baik berbanding ATM,” katanya sejurus latihan terakhir pasukannya, semalam.

Bagi memastikan misi memburu tiga mata penuh mampu direalisasikan, pengendali kelahiran Ghana itu, turut membayangkan akan menyenaraikan kesemua empat pemain import dalam kesebelasan terkuat pasukannya pada malam ini.

“Perkara itu memang berada dalam perancangan, tetapi saya kena tengok situasi hari perlawanan esok (hari ini) macam mana. Kami perlu memikirkan bagaimana mahu mengimbangi kekuatan pasukan dengan meletakkan pemain tertentu di bangku simpanan,” katanya.

Menurutnya, Kelantan akan menampilkan corak permainan menyerang dan tidak sesekali bermain secara negatif atau bertahan kerana dia sedar jika aksi seperti itu dipamerkan, ia boleh menjerat diri pasukannya untuk meraih kemenangan sulung.

Tambahnya, hanya penyerang, Ahmad Fakri Saarani terpaksa disisihkan akibat penggantungan perlawanan setelah mengutip kad merah dalam saingan suku akhir kempen Piala Malaysia musim lalu, manakala Brendan Gan yang mengalami demam kemungkinan besar kembali pulih menjelang pertemuan malam ini.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan